Thursday, November 4, 2010

UKUR, UJI, NILAI

1.0 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1.1 PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua factor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

1.2 KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN
Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran tersebut. Apakah kayu ukur yang akan anda gunakan sebelum
membuat keputusan dan bagaimanakah anda menguji keputusan yang dilakukan tersebut sama ada akan membawa kesan baik atau sebaliknya untuk anda?
Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari daripada membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.
Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven- Matrices, Weschler dan A.C.E.R. Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil.

1.3 Penilaian
Penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.


Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran. Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.
Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

1.4 Pengukuran
Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima secara automatik untuk mewakili negara. Apakah sebenarnya yang diukur, pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai. Apakah maksud dan tujuan pengukuran?

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numeric (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan. Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

1.5 Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
Kita sering mendengar di stesyen TV atau di akhbar-akhbar bahawa kerajaan menggalakkan agar kenderaan pengangkutan awam dan swasta agar membawa kenderaaan mereka ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Pada pendapat anda apakah tujuan sebenar pengujian dilakukan? Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970),
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah 1991:2).
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.6 ARAS UKURAN
Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza, misalnya, pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi rendah, sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan pembolehubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis pembolehubah asas dalam pengukuran, iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%, 50%, 80%) dan (ii) jenis kategori (seperti motivasi rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi). Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah. Secara ringkasnya, skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran.
















2.0 TAKSONOMI DAN DOMAIN
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
- Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
- Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama dalam
pendidikan iaitu :-
Ø Domain Kognitif
Ø Domain Afektif
Ø Domain Psikomotor
Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.


DOMAIN KOGNITIF
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.



2.1 Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom (domain kognitif)
Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah pilih,terangkan,tulis semula

• Penggunaan /aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dll.

• Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah bezakan, pasti,pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah bina, hasilkan, susun,kembangkan.

• Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah pilih, berikan, alasan, kritikan, buktikan.
- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Pilih, terangkan,
tulis semula.
Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll. selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Jadual 2.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

2.2 Domain Krathwohl
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
-Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
-Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang
dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN
-Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
-Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
-Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam
satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian
GERAK BALAS
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
MENILAI
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
ORGANISASI
-Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.


3.0 Penilaian Bahasa
Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
• Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri portfolio.
• Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
• Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
• Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
• Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
• Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio
• Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
• Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
• Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

3.1 Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
3.1.1. Portfolio Kerja Harian
• Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
• Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
3.1.2. Portfolio Hasil Terbaik
• Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
• Berbentuk sumatif
• Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
3.1.3. Portfolio Dokumen
• Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
• Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.

3.2 Kegunaan Portfolio
• Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
• Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
• Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
• Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
• Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
3.2.1 Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
3.2.3 Bagaimana Portfolio dinilai?
• Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
• Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
• Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.





3.2.4 Merekod Penilaian Portfolio
• Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
• Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
3.2.5 Kriteria penilaian
I. Struktur dan organisani
II. Strategi pengurusan
III. Variasi isi yang sesuai
IV. Struktur ayat dan gaya bahasa
V. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

3.3 Penilaian Melalui Pemerhatian
• Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
• Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
• Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
• Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
• Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
• Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
3.3.1 Kualiti Pemerhatian
• Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
• Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
• Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
• Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
• Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
3.3.2 Bentuk Perancangan
• Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
• Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
• Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
3.3.3 Merekod penilaian pemerhatian
• Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
• Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan Tugasan
• Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan
• Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
• Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
3.3.4 Rekod anekdot
• Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal
3.3.5 Kecekapan Linguistik
• Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.


3.3.6 Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
• Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik
• Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
• Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
• Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
• Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

3.3.7 Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
II. Menggunakan senarai semak.
III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
3.3.8 Fungsi Pemerhatian
• Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
• Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.
















4.0 Kaedah Penilaian Kemahiran Bahasa
1. Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
• pelajar dengan pendidik
• pelajar dengan pelajar
• pelajar dengan bahan pembelajaran
2. Aspek-aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah :
• kefahaman konsep
• pengetahuan fakta
• pemikiran peringkat tinggi
• kecekapan mendengar
• penggunaan bahasa yang tepat
• kecekapan matematik
• gaya persembahan/kelancaran bahasa
• pertuturan dan sikap
• Penilaian Kemahiran Menulis

3. Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
• karangan
• laporan projek/kerja kursus/folio
• latihan dan ujian bertulis
• huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta

4. Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :
• kemahiran menulis
• menyusun idea
• perbendaharaan kata
• mengaplikasi
• mentafsir
• menilai
• mempertahan/menyokong hujah
• menyebar idea/buat rumusan/cadangan

4.1 KAEDAH PENILAIAN BAHASA
• penilaian melalui kontrak pembelajaran
• penilaian melalui soal jawab
• Penilaian melalui kontrak pembelajaran

1. Kontrak pembelajaran :-
• aktiviti seorang guru menetapkan sesuatu peraturan atau syarat perjanjian kepada muridnya.
• guru akan meminta muridnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan , contohnya membuat kerja rumah atau latihan semasa di rumah.
• jika murid itu dapat membuat latihan itu, guru akan memberikan hadiah atau ganjaran hasil daripada kerja murid tersebut.
• jika tidak dapat, guru boleh mengambil tindakan seperti hukuman atau denda yang berpatutan.
• tujuannya untuk mengelakkan murid itu daripada membuat kesalahan yang serupa pada masa akan datang.
• secara tidak langsung, berlakulah perjanjian pembelajaran dalam masa yang ditetapkan.

2. Penilaian melalui soal jawab
• guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
• guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
• guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.
• jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
• tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.
Penilaian Melalui Portfolio
1. Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio:
• penilaian awal - penilaian merentasi tugas bertulis mengikut kriteria dengan skala
contoh :
o sangat tinggi (5)
o tinggi (4)
o sederhana (3)
o rendah (2)
o sangat rendah (1)

2. Senarai ciri-ciri paling penting
3. Penentuan gred
4. Kaedah penilaian bahasa
• -penilaian berbentuk lebih terbuka
o tugasan portfolio dapat dipantau
o penilaian dijalankan secara berterusan
5. Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina :
• portfolio kerja harian
• portfolio hasil terbaik
• portfolio dokumen
• kegunaan portfolio
6. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot.
7. Mengawal dan memantau perkembangan pelajar.
8. Mempelbagaikan bukti penilaian.
9. Membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi.
10. Bagaimana portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
11. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan kefahaman.
12. Peta perkembangan pelajar digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh.
13. Kriteria penilaian
• struktur dan organisasi
• strategi pengurusan
• variasi isi yang sesuai
• struktur ayat dan gaya bahasa
• senaraikan ciri.
• mengambil kira markah yang diberikan
• skala berkadar atau berkala






4.2 JENIS PENILAIAN BAHASA
UJIAN FORMATIF
• merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.

TUJUAN
• Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
• Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
• Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.
• Pelajar mengetahui kelemahan mereka.
• Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

PROSEDUR UJIAN FORMATIF
• Menentukan tajuk pengajaran
- Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun.
- Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran.
- Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil.
- Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yg telah diajar.
- Menentukan aspek dan tahap penguasaan
- Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar.
- Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek tersebut.
- Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai sesuatu tajuk, ini bermakna mereka sudah menguasai tajuk itu
• Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
- Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran.
- Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak berpisah.

Membina soalan ujian
• Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-kurangnya 1 soalan.
• Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan pelajar terhadap elemen ini.

Mencadangkan tindakan susulan
• Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat berdasarkan keputusan ujian ini.
• Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai tindakan susulan, guru perlu ulang semula atau ubah pendekatan pengajaran

UJIAN SUMATIF
• Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).
• Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.
Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR


TUJUAN
• Memberikan gred kepada pelajar – membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.
• Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAAN
1. Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
• Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektif pengajaran dan bilangan pengajaran
• Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan

2. Membina Soalan
• Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan
• Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab

3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematik
• Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong.
• Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya



4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintis
• Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai keesahan yang tinggi.
• Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira

5. Menyiapkan Skema Pemarkahan
• Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya.
• Menjadi panduan semasa memeriksa jawapan
• Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam pemberian markah

UJIAN BAKAT
 Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.

 Terbahagi kepada 2 kumpulan;
i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran
ii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu

UJIAN PENCAPAIAN
 Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
 Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
 Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji

Tujuan
 Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
 Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya.
 Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya
 Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria
 Ujian Rujukan Norma – membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain ( UPSR).
 Ujian Rujukan Kriteria – membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan














5.0 PENILAIAN AKTIVITI BAHASA
1. Forum
~ forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
~ teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
~ pelaksanaan : pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar
selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
~ dalam sesi forurm, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan lanjut.

2. Debat
~ pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
~ ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
~ huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh
daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
~ setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
~ sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak
pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk
membetulkan fakta tadi.
~ setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
~ masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan.
~ markah tidak diberikan untuk lebihan masa.

3. Pidato
~ ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta2 atau prinsip2 berdasarkan tajuk yang diberikan.
~ interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah2nya di depan
penonton.
~ berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea2 untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
~ ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
~ pidato dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk.
~ ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
~ keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
~ ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.

4. Syarahan
~ aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata2 aluan /pendahuluan, kata2
penghadapan , isi dan penutup.
~ penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan.
~ isi2 syarahan perlu berdasarkan fakta2 yang tepat beserta contoh2 yang
relevan. Isi2 utama pula perlu disokong dengan isi2 sampingan.
~ penggunaan tatabahasa yang betul serta gaya penyampaian yang penuh dengan keyakinan.

5. Pantun
~ satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
~ rangkap2 yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
~ ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
~ kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
~ ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
~ gaya bahasa yang berbunga2 dan keindahan persekitaran turut diselitkan.

6. Sajak
~ satu bentuk puisi lisan moden.
~ ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
~ ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
~ gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2.
~ penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

7. Ceramah
~ ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea2 melalui perucapan dan
disampaikan secara syarahan dua hala.
~ penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang disampaikan.





















6.0 PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran
 Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
 Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.


6.1 CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

a. KAEDAH JIGSAW

- Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA

- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.






















7.0 PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK
DEFINISI BROSUR
- Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)
Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

DEFINISI POWER POINT
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.
MATLAMAT
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF
• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.


8.0 PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
Rasional
- Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

CIRI – CIRI
• Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja kursus / PEKA
– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA
– Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
– LPM membekalkan dokumen pentaksiran
– LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
– Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
– Markah dihantar kepada LPM
– Sekolah mengeluarkan sijil


2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.

Prinsip
Penilaian Berasaskan Sekolah

 Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran,
siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan
instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh
pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi
matapelajaran berkenaan.
 Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
• Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
 Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
 Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

 Pelaporan positif.
• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek
PenilaianBerasaskan Sekolah
- Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

J.S.U

Jadual Spesifikasi Ujian

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU
1. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
2. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
3. Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
4. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
5. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
6. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
1. Bentuk dan panjangnya ujian
2. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
3. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
4. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
5. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
6. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
7. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
8. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.


BIL

TAJUK P&P / KANDUNGAN
MASA/WAKTU



1
Sukan Dan Kesihatan
- Tatabahasa
- Simpulan Bahasa
- Kesalahan Ayat
- Petikan


15 waktu





2
Kemasyarakatan
- Tatabahasa
- Kesalahan Ayat
- Simpulan Bahasa
- Petikan


5 waktu


3
Alam sekitar
- Tatabahasa
- Kesalahan Ayat
- Simpulan Bahasa
- Petikan

20 waktu


Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Tentukan jumlah item akan dibina - 20 soalan.
3. Tentukan pemarkahan setiap item
4. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.



BIL

TAJUK P&P / KANDUNGAN
MASA/WAKTU


ANGGARAN JUMLAH ITEM
JUMLAH ITEM

1
Sukan Dan Kesihatan
- Tatabahasa
- Simpulan Bahasa
- Kesalahan Ayat
- Petikan


5 waktu





15 X 20 = 7.5
40


7

2
Kemasyarakatan
- Tatabahasa
- Kesalahan Ayat
- Simpulan Bahasa
- Petikan


15 waktu

5 X 20 = 2.5
40


3

3
Alam sekitar
- Tatabahasa
- Kesalahan Ayat
- Simpulan Bahasa
- Petikan

20 waktu

20 X 20 = 10
40


10

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Untuk Domain kognitif;
Aras 6: Penilaian Sukar
Aras 5: Sintesis
Aras 4: Analisis
Aras 3: Aplikasi
Aras 2: Kefahaman
Aras 1: Pengetahuan Mudah

BIL

TAJUK P&P / KANDUNGAN
ARAS

MASA BELAJAR

P
K
A
AN

1
Sukan & Kesihatan
- Tatabahasa
- Simpulan Bahasa
- Kesalahan Ayat
- Petikan

1


2
3

1

15

2
Kemasyarakatan
- Tatabahasa
- Kesalahan Ayat
- Simpulan Bahasa
- Petikan









1


2


5

3
Alam sekitar
- Tatabahasa
- Kesalahan Ayat
- Simpulan Bahasa
- Petikan

2


2

1




1


1

1


2


20


4. Tentukan bilangan item bagi setiap komponen (sekiranya pelbagai bentuk ujian
dibina – objektif, struktur dan / atau esei)
5.Tentukan aras kesukaran setiap item dan mengikut pemberatan

R : S : T
5 : 3 : 2
10 soalan aras rendah
6 soalan aras sederhana
4 soalan aras tinggi


Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
20 soalan objektif dan 2 soalan esei
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

its about taksonomi..:)

TAKSONOMI DAN DOMAIN
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
- Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
- Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama dalam
pendidikan iaitu :-
Ø Domain Kognitif
Ø Domain Afektif
Ø Domain Psikomotor
Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.


DOMAIN KOGNITIF
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.



2.1 Taksonomi Bloom
- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Pilih, terangkan,
tulis semula.
Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll. selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Jadual 2.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
2.2 Domain Krathwohl
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
-Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
-Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang
dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN
-Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
-Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
-Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam
satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI
-Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.












Artikel-artikel mengenai Domain Krathwohl
Receiving refers to the student's willingness to attend to particular phenomena of stimuli (classroom activities, textbook, music, etc.). Learning outcomes in this area range from the simple awareness that a thing exists to selective attention on the part of the learner. Receiving represents the lowest level of learning outcomes in the affective domain.
Responding refers to active participation on the part of the student. At this level he or she not only attends to a particular phenomenon but also reacts to it in some way. Learning outcomes in this area may emphasize acquiescence in responding (reads assigned material), willingness to respond (voluntarily reads beyond assignment), or satisfaction in responding (reads for pleasure or enjoyment). The higher levels of this category include those instructional objectives that are commonly classified under “interest”; that is, those that stressthe seeking out and enjoyment of particular activities.

Valuing is concerned with the worth or value a student attaches to a particular object, phenomenon, or behavior. This ranges in degree from the simpler acceptance of a value (desires to improve group skills) to the more complex level of commitment (assumes responsibility for the effective functioning of the group). Valuing is based on the internalization of a set of specified values, but clues to these values are expressed in the student's overt behavior. Learning outcomes in this area are concerned with behavior that is consistent and stable enough to make the value clearly identifiable. Instructional objectives that are commonly classified under “attitudes” and “appreciation” would fall into this category.

Organizationis concerned with bringing together different values, resolving conflicts between them, and beginning the building of an internally consistent value system. Thus the emphasis is on comparing, relating, and synthesizing values. Learning outcomes may be concerned with the conceptualization of a value (recognizes the responsibility of each individual for improving human relations) or with the organization of a value system (develops a vocational plan that satisfies his or her need for both economic security and social service). Instructional objectives relating to the development of a philosophy of life would fall into this category.

Characterization by a value or value set. The individual has a value system that has controlled his or her behavior for a sufficiently long time for him or her to develop a characteristic “life-style.” Thus the behavior is pervasive, consistent, and predictable. Learning outcomes at this level cover a broad range of activities, but the major emphasis is on the fact that the behavior is typical or characteristic of the student. Instructional objectives that are concerned with the student's general patterns of adjustment (personal, social, emotional) would be appropriate here.

Friday, September 24, 2010

BMM [ SEM6 ]

Kaedah Penilaian Bahasa
1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri portfolio.
Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.


Penilaian Portfolio
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
Porfolio kerja harian
Portfolio hasil terbaik
Portfolio dokumen.

Portfolio Kerja Harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
Portfolio Hasil Terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
Berbentuk sumatif
Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
Portfolio Dokumen
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
Kenalpasti isi kandungan portfolio.
Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.


Bagaimana Portfolio dinilai?
Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
• Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
• Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
Kriteria penilaian
I. Struktur dan organisani
II. Strategi pengurusan
III. Variasi isi yang sesuai
IV. Struktur ayat dan gaya bahasa
V. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.





Penilaian Melalui Pemerhatian
Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
Kualiti Pemerhatian
Bentuk perancangan
Merekod penilaian pemerhatian
Jenis Pemerhatian
Strategi pelaksanaan
Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian
Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
Bentuk Perancangan
Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
Merekod penilaian pemerhatian
Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
Menjalankan Tugasan
Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
Cara merekodkan dapatan dan rumusan
Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Tindakan Susulan
Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
Muzik
Kecekapan (body khanisthetic)
Kecekapan intrapersonal
Kecekapan interpersonal
Kecekapan Linguistik
Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik
Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
Menggunakan senarai semak.
Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian
Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.